|
Sektor
perkilangan dijangka terus menjadi tonggak dalam pembangunan ekonomi
negeri ini apabila sektor pembuatan dijangka berkembang pada kadar
11.8% setahun untuk tempoh 2001-2005.
Pembangunan
sektor perkilangan terus diperkukuhkan melalui penyediaan iklim
pelaburan yang kondusif bagi sektor swasta untuk melabur dalam
industri berteknologi tinggi, mempelbagaikan keluaran eskport
dan pasaran serta membangunkan industri sokongan.
Sektor pembuatan menyumbangkan lebih dari 53% kepada KDNK Negeri
Selangor dan memberikan pekerjaan kepada 30% gunatenaga negeri.
Bagi sepanjang tahun 2002, Negeri Selangor telah menerima 198
projek perkilangan yang telah diluluskan oleh MIDA yang bernilai
RM 3.28 billion yang menyumbang 19.8% daripada nilai projek yang
diluluskan di seluruh negara. Nilai pelaburan ini telah menurun
sebanyak 43.8% daripada jumlah yang dicatat pada tahun 2001.
Dari
segi jumlah projek, Negeri Selangor masih menduduki tempat pertama
berbanding negeri-negeri lain di Malaysia dengan 198 projek. Daripada
198 projek yang diluluskan, 105 adalah projek baru bernilai RM
1.8 billion dan 93 projek adalah projek pembesaran yang bernilai
RM 1.47 billion.
Namun
begitu, dari segi nilai pelaburan, negeri Selangor menduduki tempat
kedua selepas negeri Terengganu. Ini adalah kerana satu projek
baru yang besar melibatkan industri petrokimia telah diluluskan
di negeri tersebut yang bernilai RM 4.7 billion. Projek ini ditempatkan
di negeri Terengganu adalah disebabkan lokasi yang berdekatan
dengan industri petroleum.
Bagi
tahun 2002, sektor elektrik dan elektronik mendahului dari segi
bilangan projek dan nilai pelaburan iaitu 39 projek yang bernilai
RM 951, 093,595 dan menawarkan 4,097 jumlah pekerjaan. Ini diikuti
oleh sektor peralatan pengangkutan dengan 28 projek diluluskan
yang bernilai RM 498, 642, 008 dan menawarkan 935 peluang pekerjaan.
Lain-lain kawasan telah menjadi lokasi utama para pelabur dengan
85 projek dengan nilai pelaburan RM 1.542 billion dan menawarkan
5,682 peluang pekerjaan. Ini diikuti oleh kawasan Klang dengan
21 projek dengan nilai pelaburan sejumlah RM 465, 184, 219 dan
menawarkan 1,405 peluang pekerjaan.
Bagi projek yang melibatkan penyertaan asing, negara Jepun mendahului
dari segi bilangan projek dengan 48 projek, diikuti dengan negara
Singapura dengan 22 projek dan negara Taiwan dengan 18 projek.
Walaubagaimanapun negara Amerika Syarikat mendahului dari segi
nilai pelaburan dengan RM 649, 508,967 diikuti dengan negara Jepun
dengan nilai pelaburan RM 256, 612, 641 dan negara Jerman dengan
nilai pelaburan RM 184, 214,114 (Sila rujuk Lampiran I).
Bagi pihak Kerajaan Negeri Selangor, SSIC Berhad telah dipertanggungjawabkan
untuk menguruskan proses permohonan penempatan projek bagi kelulusan
Lesen Pengilang daripada MITI/MIDA bagi pekilang yang beroperasi
di negeri Selangor.
Sepanjang tempoh bulan Januari hingga Disember 2002, sebanyak
170 permohonan telah diluluskan yang melibatkan pelaburan sejumlah
RM3.5 billion.
Negeri
Selangor terus menunjukkan prestasi yang secara relatifnya baik
dari segi pelaburan diterima dalam sektor perkilangan dan perkhidmatan
berkaitan dibuktikan oleh kadar pelaburan asing dan tempatan yang
kukuh dalam tahun 2002.
Pelabur-pelabur
asing yang sedia ada khususnya, terus positif dan telah melabur
semula melalui pembesaran dan kepelbagaian projek dan aktiviti
bernilai tambah tinggi, berintensifkan modal, teknologi dan kemahiran.
Pelaburan syarikat-syarikat tempatan di kebanyakan sektor turut
diperkukuhkan dan seterusnya menyumbang kepada keseluruhan
pertumbuhan ekonomi.
|
Lampiran
I
|
|
PROJEK-PROJEK
YANG DILULUSKAN DI SELANGOR MENGIKUT PENYERTAAN ASING DI
SELANGOR
JANUARI - DISEMBER 2002
|
| NEGARA |
NO.
|
PEKERJAAN
|
PELABURAN
ASING (RM)
|
| AUSTRALIA
|
2
|
42
|
6,822,700
|
| KANADA
|
1
|
11
|
98,000
|
| PERANCIS
|
2
|
54
|
59,570,000
|
| NETHERLANDS
|
4
|
611
|
16,910,000
|
| HONG
KONG |
6
|
861
|
50,881,825
|
| INDIA
|
1
|
10
|
12,000,000
|
| INDONESIA
|
1
|
104
|
868,016
|
| ITALI |
1
|
54
|
18,300,000
|
| JEPUN
|
43
|
2,067
|
266,612,841
|
| KOREA,
REP. |
7
|
464
|
43,168,869
|
| SINGAPURA
|
22
|
1,523
|
146,321,089
|
| TAIWAN
|
18
|
1,053
|
50,842,756
|
| UNITED
KINGDOM |
3
|
99
|
28,196,300
|
| AMERIKA
SYARIKAT |
8
|
2,123
|
649,508,967
|
| F.R
GERMANY |
5
|
852
|
134,814,114
|
| CHINA
|
4
|
268
|
15,600,000
|
| IRELAND |
1
|
255
|
23,257,693
|
|
MAURITIUS
|
1
|
48
|
16,821,600
|
| PANAMA |
1
|
105
|
59,500,000
|
| UNITED
ARAB EMIRATES |
1
|
107
|
91,119
|
| MYANMAR |
1
|
31
|
1,500,000
|
| RUSSIAN
FEDERATION |
1
|
98
|
14,200,000
|
| LAIN-LAIN
NEGARA |
13
|
403
|
80,765,805
|
|
JUMLAH
|
147
|
10,253
|
1,686,839,305
|
|