|
Delegasi
Selangor baru-baru ini telah menyertai rombongan Misi Penggalakkan
Perdagangan dan Pelaburan Kerajaan Malaysia yang diketuai
oleh YB. Dato' Seri Rafidah Aziz, Menteri Perdagangan Antarabangsa
dan Industri ke Amerika Syarikat. Misi penggalakkan ini
telah diadakan pada 23hb. Februari hingga 3hb. Mac 2005
yang telah lalu. Beberapa destinasi pelaburan yang berpotensi
telah dilawati bagi mempromosikan peluang-peluang pelaburan
iaitu Atlanta, Raleigh dan Houston.
Delegasi
Selangor ini telah diketuai oleh YAB Dato' Seri Dr. Mohamad
Khir Bin Toyo, Dato' Menteri Besar Selangor sendiri dan
turut disertai beberapa pegawai kanan kerajaan negeri, anak-anak
syarikat kerajaan negeri dan beberapa syarikat swasta.
Penyertaan
delegasi Selangor dalam misi perdagangan ini adalah bagi
mencari peluang perdagangan dan pelaburan baru dari pelabur
yang berpotensi serta menyediakan ruang bagi ahli perniagaan
Malaysia dan ahli perniagaan di negara-negara terbabit bagi
mencari peluang berusahasama di dalam pelbagai projek dan
lain-lain bentuk kerjasama perniagaan. Melalui penyertaan
ini juga dapat mengeratkan hubungan perdagangan dua hala
dan kerjasama ekonomi antara Selangor dan Amerika Syarikat.
Menerusi
penyertaan delegasi Selangor dalam misi ini dapat mempromosi
dan mengetengahkan peluang-peluang pelaburan di negeri Selangor
serta meningkatkan penyertaan pelabur Amerika Syarikat di
Negeri Selangor selain dapat mewujudkan rangkaian perhubungan
atau 'networking' dengan pertubuhan-pertubuhan perniagaan
di bandar-bandar yang dikunjungi bagi menarik pelabur asing
ke negeri ini.
Bagi
tempoh Januari hingga Disember 2004, Selangor masih mendahului
negeri-negeri lain. Sebanyak 336 projek perkilangan telah
diluluskan untuk ditempatkan di Selangor bernilai RM6,035,916,160.
Dari jumlah ini sebanyak RM4,681,807,774 adalah dari pelaburan
tempatan dan sebanyak RM1,354,108,386 adalah dari pelaburan
asing.
Sebanyak
212 adalah projek baru bernilai RM3,850,377,599. manakala
sebanyak 124 adalah projek pembesaran/penambahan pelaburan
bernilai RM2,185,538,561. Sebanyak 24,146 peluang pekerjaan
telah diwujudkan.
Bagi
tahun 2004, sebanyak 10 projek bernilai RM89,580,759 adalah
disumbangkan oleh pelabur Amerika Syarikat yang merupakan
antara pelabur utama di Selangor selain dari Jepun, Singapura
dan Taiwan. Bagi tempoh sepanjang tahun 1995 hingga 2004,
sebanyak 99 projek telah diluluskan bernilai RM5.425 bilion.
Sebanyak 14,613 peluang pekerjaan berjaya diwujudkan.
Dalam
misi perdagangan dan pelaburan ini pelbagai program telah
diatur seperti seminar perdagangan dan pelaburan bertajuk
Business Opportunities in Malaysia atau "Peluang-peluang
Perniagaan di Malaysia", pertemuan dan perbincangan
dengan ahli perniagaan berpotensi.
Sempena
lawatan ini juga Kerajaan Negeri turut berkesempatan mengadakan
beberapa kunjungan hormat ke Les Roches University di Cranz
Montana, Switzerland dan Carnegie Mellon University di Pittsburgh,
Amerika Syarikat. Tujuan pertemuan ini diadakan adalah untuk
menjalin kerjasama pendidikan diantara Universiti Industri
Selangor (UNISEL) dengan kedua-dua universiti dalam bidang
Hospitality & Hotel Management dan ICT, berbincang bagi
penubuhan kampus cawangan di Berjuntai Bistari serta peluang-peluang
kerjasama yang berpotensi seperti program berkembar dan
sebagainya. Hasil dari perbincangan yang diadakan beberapa
Perjanjian Persefahaman telah ditandatangani antara UNISEL
dan Universiti Les Roches bagi menjalin kerjasama dalam
bidang Hospitality and Hotel Management dan KDEB dan i-Carnegie
untuk menyediakan satu garis panduan untuk memuktamadkan
butiran terperinci kerjasama dalam sedikit waktu lagi, untuk
menyedikan kursus jangka pendek di kampus UNISEL di Shah
Alam, dan hal-hal berkaitan dengannya.
Selain
itu, delegasi Selangor turut mengadakan kunjungan hormat
ke beberapa syarikat yang telah melabur di Selangor sebagai
tanda penghargaan Kerajaan Negeri serta mengeratkan hubungan
antara Kerajaan Negeri dan pelabur. Melalui pertemuan ini
perbincangan kedua-dua pihak diadakan bagi membincangkan
isu-isu pelaburan dan perancangan pelaburan masa hadapan
mereka di negeri Selangor. Semasa di Switzerland juga, delegasi
Selangor telah melawat ibu pejabat HACO Swiss, iaitu pelabur
yang telah membuat pelaburan sebanyak RM 170 juta di Shah
Alam.
Semasa
di Raleigh, North Carolina, Amerika Syarikat, delegasi Selangor
telah berkesempatan mengadakan program berasingan dengan
membuat kunjungan ke Research Triangle Park, iaitu sebuah
taman penyelidikan dan pembangunan bagi industri berteknologi
tinggi, bio-teknologi, farmaseutikal, telekomunikasi dan
ICT.
Hasil
dari pertemuan dan perbincangan yang diadakan sepanjang
lawatan ini diadakan beberapa syarikat telah menunjukkan
minat untuk melabur di negeri Selangor serta mencari peluang
dan rakan konsi perniagaan dari Selangor.
Lawatan
kerja ke Geneva dan Pittsburgh serta penyertaan di dalam
Misi Perdagangan dan Pelaburan Kerajaan Malaysia ke Amerika
Syarikat, secara tidak langsung negeri Selangor dapat mempromosikan
peluang-peluang pelaburan yang ditawarkan di dalam pelbagai
bidang kepada ahli-ahli perniagaan di bandar-bandar yang
dikunjungi tersebut.
Selain
itu, Kerajaan Negeri, melalui SSIC Berhad akan dapat menjalinkan
hubungan lebih erat dengan Dewan-Dewan Perniagaan dari negara-negara
yang dilawati sebagai networking untuk masa hadapan.
Menerusi
penyertaan delegasi Selangor dalam misi pengalakkan ini
juga, Kerajaan dapat mempromosikan beberapa peluang pelaburan
baru seperti dalam bidang pengajian tinggi dengan termetrainya
kerjasama antara pihak UNISEL dengan pihak Universiti Les
Roches dan Universiti Carniege Mellon serta dapat menerokai
dan memperkenalkan bidang-bidang baru yang boleh diperluaskan
kepada ahli-ahli perniagaan di negeri Selangor.
~Tamat~
|