....................................................................................................................................................................................................................................................
 

PROJEK PERKILANGAN YANG DILULUSKAN DI SELANGOR, JANUARI-DISEMBER 2004.

Selangor Industry & Trade News : Mac 2005
....................................................................................................................................................................................................................................................

Pada keseluruhannya, prestasi pelaburan negeri Selangor bagi tempoh Januari hingga Disember 2004 adalah baik dan memberangsangkan. Bagi tempoh ini sebanyak 336 projek perkilangan telah diluluskan di Selangor dengan nilai pelaburan berjumlah RM 6,035,916,160.

Dari jumlah ini sebanyak RM 4,681,807,774 adalah dari pelaburan tempatan dan sebanyak RM 1,354,108,386 adalah dari pelaburan asing. Sebanyak 24,146 peluang pekerjaan berjaya diwujudkan.

Sebanyak 212 projek adalah projek baru bernilai RM3,850,377,599 manakala selebihnya iaitu sebanyak 124 projek adalah projek pembesaran/penambahan dengan nilai pelaburan berjumlah RM2,185,538,561.

Keseluruhannya Selangor masih mendahului negeri-negeri lain dari segi bilangan projek dan nilai pelaburan. Selangor menyumbang sebanyak 31% dari segi bilangan projek diikuti oleh negeri Johor dan Kedah.

Manakala sebanyak 21% dari segi jumlah pelaburan yang diluluskan diikuti oleh negeri Sarawak dan Kedah bagi keseluruhan projek yang diluluskan oleh MIDA di seluruh negara.

PELABURAN ASING.

Dari segi bilangan projek, pelabur dari Singapura merupakan pelabur utama dengan 28 projek. Ini diikuti pelabur dari Jepun sebanyak 27 projek dan pelabur dari Taiwan sebanyak 14 projek.

Manakala dari segi jumlah pelaburan pula, pelabur dari Jepun merupakan pelabur terbesar dengan nilai pelaburan sebanyak RM193,364,917. Ini diikuti pelabur dari Singapura sebanyak RM144,678,736 dan pelabur dari Korea sebanyak RM121,140,425.

KELULUSAN MENGIKUT INDUSTRI.

Dari segi nilai pelaburan, Industri Barangan Elektrik dan Elektronik mencatatkan nilai pelaburan tertinggi dengan nilai pelaburan berjumlah RM1,233,691,238 dari 40 projek.

Dari segi bilangan projek, Industri Barangan logam Dibentuk mencatatkan bilangan tertinggi dengan 47 projek bernilai RM281,190,416. 336,967.

Industri Barangan Elektrik Dan Elektronik mencatatkan bilangan peluang pekerjaan tertinggi iaitu sebanyak 4,030 kira-kira 16.7% daripada jumlah peluang pekerjaan yang diwujudkan.

Industri Elektrik dan Elektronik mencatatkan penyertaan pelabur asing tertinggi dengan nilai pelaburan berjumlah RM256,124,186 kira-kira 19% dari jumlah keseluruhan pelaburan asing.

Industri pembuatan Logam Asas pula mencatatkan pelaburan tempatan tertinggi dengan nilai pelaburan berjumlah RM1,052,331,187 iaitu 22% dari keseluruhan jumlah pelaburan tempatan.

KELULUSAN PROJEK MENGIKUT DAERAH.

Daerah Petaling mencatatkan bilangan kelulusan projek tertinggi berbanding daerah lain dengan 71 projek berjumlah RM1,058,791,573. Ini diikuti Daerah Klang sebanyak 71 projek bernilai RM958,387,341 dan Daerah Hulu Langat sebanyak 47 projek bernilai RM535,368,700.

Dari segi jumlah pelaburan, Daerah Petaling mencatatkan jumlah pelaburan tertinggi, bernilai RM1,058,791,573. Diikuti Daerah Kuala Langat sebanyak RM 1,055,892,437 dan Klang sebanyak RM958,387,341.

Daerah Hulu Langat mencatatkan jumlah peluang pekerjaan tertinggi iaitu sebanyak 5,095. Diikuti Daerah Klang sebanyak 4,845 dan Daerah Petaling sebanyak 3,372 peluang pekerjaan.

Daerah Klang mencatatkan jumlah pelaburan asing tertinggi dengan nilai pelaburan berjumlah RM506,843,555, diikuti Daerah Petaling sebanyak RM191,832,584 dan diikuti Daerah Hulu Selangor sebanyak RM130,259,325.

~Tamat~

.................................................................................................................................................................................................................................................
SSIC Berhad (481741-M), 24th Floor, Wisma MPSA, Persiaran Perbandaran, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.
© for SSIC Berhad 2003. All rights reserved.Design & developed by Maya Listrik Sdn Bhd.
Best viewed with Internet Explorer 5.5 with 1024x768px.